Bila Aku BerBicaRa sEjeNak..

7:55 AM Edit This 0 Comments »

"Ya Rabb! Aku mencintaimu krn dua sbb: pertama cintaku kerana nikmatmu. Kedua aku cintakan engkau kerana engkau memang ptt dicintai. Cinta yg pertama menyibukkan aku utk mengenangkanmu. Cinta kedua membuat aku merasai engkau melihat dan menerima cintaku terhadap mu..ya Allah! ak berserah diri kepada mu ampunkn segala dosa2 kaum muslimin dan muslimat, berikan lah kejayaan kepada kami semua dan berikan lh rezeki yang halan yang melimpah ruah..amiiinnn"
siapa sebenarnya diri ini....

Seringkali aku menyoal diri
Siapakah aku dan kita sebenarnya
Mengapa aku dilahirkan
Haruskah begini bentuknya
Acapkali aku menyoal diri
Haruskah kita digelar manusia
Semata-mata kerana kita manusia
Namun bukan sedikit yang tidak bersifat manusia
Dalam alur liku-liku kehidupan
Terlontarnya ke dunia penuh ujian dan dugaan
Mungkin sudah suratan azali
Tapi…
Bagaimana kita mengenal diri
Cukupkah sekadar berkata‘kenali dirimu maka kenallah tuhanmu’
Tanpa mengamalkan apa yg disuruh
Meninggalkan apa yg dilarang
Tapi…
Kenalkah kita akan diri sendiri
Justeru ingin mengenali Tuhan Maha Esa
Teruskan menjawab soalan-soalan ini
Apa makna hidup?
Untuk apa hidup?Apa yg diharapkan dari hidup?
Kemana selepas hidup ini?Dimana noktah perjalanan hidup ini?
Soalan ini perlu dijawab
Bertunjangkan iman dan hadis….


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.


Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan






0 comments: