Mereka Kawen Kami Enjoy [5]

2:11 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Sambungan dari ceritera ‘Journey to Ganu’. Now, ‘Journey to Sunway’

7 November 2009
Kalau diikutkan perancangan, seawal 8.30 pagi limbat16 dah bergerak atau mungkin sampai ke majlis Din & Aini di Sunway. Atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan (ye ker? Hak3) semua tiba agak lambat.

Perjalanan kali ini lagi menarik, bukan sebab kami mengharung hutan belukar, meredah laut atau mendaki bukit. Akan tetapi sebab ‘Quest’ mencari rumah Din. Klu pertama untuk sampai ke sana adalah ‘Sunway Piramid’. Seterusnya, Masjid Al- Husna dan Caltex. Dua klu ini agak mudah untuk kami kesan tapi, klu yang seterusnya agak payah; papan tanda petunjuk ke majlis Din & Aini. Memang payah jugak nak kesan klu ni.

Kemudiannya, hampir saja singgah ke majlis kahwin orang lain yang turut berlangsung. Beza cuma pada tema pada khemah(kanopi). Majlis Din & Aini bertemakan merah & putih. Setelah puas mencari dan kegigihan kami tetap berbaloi (macam ‘Amazing Race’ pulak), kami sampai tatkala pengantin baru saja tiba di majlis.

Oh ya, terlupa nak perkenalkan hadirin yang hadir. Kumpulan Wira (Eiyra, Yani, Ina & Zul selaku pemandu), kumpulan Perdana (Wen, Shane, As, Erni, Jane & Kay selaku pemandu), kumpulan Moto (Yana & Azmizul), kumpulan Awam (Syah & Man), kumpulan Myvi (Syed). Kayrol, Alini dan Asyiah tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu.

Pengantin dengan persalinan merah (maroon sebetulnya) disambut dengan paluan kompang. Agak ramai juga yang hadir ke majlis kali ini. Majlis di Sunway ini tiada persandingan, sekadar menjamu para tetamu. Tetamu juga turut dihidangkan dengan irama dari ‘p.a.system’ (lagu yang tak familiar saja hahaha)
Kami tidak menunggu lama selepas mengambil beberapa foto pengantin di meja makan. Kami juga turut bersantap dengan hidangan yang tersedia. Hidangan yang agak meriah dengan lauk pauk yang menyelerakan hehehe. Selepas makan kami ber’ghambeh’ ke rumah Din untuk melihat bilik pengantin. Sudah semestinya snap2.

Turut hadir majlis ini para pendidik kami, Encik Ridzuan serta keluarga, Encik Halim serta keluarga & Encik Arman serta kereta hehehe. Kami wakil bagi pihak Din & Aini mengucapkan terima kasih keran sudi memeriahkan majlis ini.

Puas makan, puas bergambar kami terus menyerbu ke kaunter lagu. Maka kami berdendang ditujukan khas kepada pengantin. Berjaya kami memujuk pengantin untuk menyanyi bersama kami. Antara lagu yang kami dendangkan; Hampir Ke Situ, Seasons in the Sun, Seindah Biasa, Kocok2 (dipaksa oleh penjaga kaunter haha), My Heart, Jangan Pisahkan (bersama Din & Aini), Wajah Kesayangan Hamba (Encik Arman) & Selamat Pengantin Baru.

Majlis hampir selesai, tetamu juga beransur pulang. Kami juga bercadang untuk mengundurkan diri. Saat2 inilah yang menyentuh jiwa. Hari terakhir kami berkumpul bersama. Selepas ini semua memulakan kehidupan masing2 dengan kerjaya (kami dah belajar yeay!!). macam tak percaya singkatnya usia perkenalan kami.

Syed terlebih dahulu pulang kerana kakaknya nak pakai kereta. Kemudian, kumpulan Moto pula pulang kerana risau tentang hujan. Kumpulan wira menunggu Zul untuk datang (Zul berada di majlis sekejap sahaja kemudian beransur kerana ada urusan). Kumpulan Perdana seiring dengan kumpulan Awam (Encik Arman menumpang Syah & Man).

Begitulah cerita kami kali ini. Tunggu keluaran seterusnya ‘Persandingan di Kelas’ (^_^)

p/s: Zul (balak Ina), Azmizul (balak Yana), Jane (awek Kay) & Man (adik Syah)

Mereka Kawen Kami Enjoy [4]

7:16 PM Posted In Edit This 0 Comments »
1 November 2009

Hari terakhir di Besut. Aini sekeluarga menjemput kami untuk bersarapan di rumah mereka. Sekitar jam 10 kami bertandang ke rumah Aini. Mereka menyambut kami dengan penuh keriangan. Kami menjamu hidangan yang disediakan (dah macam makan tengahari pula hidangannya). Kerana tidak mahu lewat sampai ke KL, kami mengundur dir dari rumah Aini hampir jam 11.

Kami singgah sebentar di Institut Kemahiran MARA, untuk berjumpa dengan ibu Yani (terima kasih kerana banyak menjaga makan minum kami selama tempoh kami di Besut). Kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu (Seberang Takir sebetulnya) untuk ke rumah Ina. Sebelum sampai ke rumah Ina, kami berhenti di kedai keropok lekor (segar dari pemprosesan tu). Seketika sahaja kami di rumah Ina, terus kami beransur pulang.

Kami berhenti di Paka. Bersantai seminit dua di tepian pantai. Angin kuat namun segar dari laut menyapa tubuh kami. Sekali lagi terpegun dengan kecantikan ciptaan Allah swt. Subhanallah.

Sesudah menyantap goring pisang dan jemput2. Kami bertolak dengan MyVi. Saga milik Kyrul kini akan kami tinggalkan. Myvi mula diisi dengan kelibat 5 ahli limbat16. Perjalanan kami berhenti di kawasan rehat Temerloh. Makan2 sebentar kecuali Syed yang hanya meneguk air.

Perjalanan pulang amat memenatkan, Yani, Ina dan Syah terlelap di dalam MyVi. Sampai di KL sekitar Jam 9 malam.

Begitulah kisah limbat16 ‘Journey to Ganu’ - akan bersambung dengan journey to sunway pulak hehe

Mereka Kawen Kami Enjoy [3]

7:13 PM Posted In Edit This 0 Comments »
30 Oktober 2009

Seawal pagi, Syed, Kyrul, Yani dan Eiyra keluar untuk mencari peralatan untuk system suara (sebagai muzik hiburan dimajlis persandingan Din dan Aini). Jam 10 pagi, limbat yang lain berkumpul di rumah Yani untuk bersarapan.

Kami beranjak ke rumah Aini sekitar jam 11 pagi. Syah, Syed, Kyrul, Eiyra memulakan kerja memasang lagu2 untuk halwa telinga para tetamu. Menyambut ketibaan pengantin yang berbaju kelabu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pihak lelaki.

Disusuli dengan majlis tepung tawar pengantin oleh kedua2 pihak. Kemudian majlis makan beradab. Sesi fotografi yang tak pernah putus dari tibanya pengantin sehingga majlis tamat. Sudah semestinya warga limbat16 takkan melepaskan peluang yang ada. Malah sempat bergambar di atas pelamin (teringin sangat nak kahwin barangkali).

Kyrul dan Eiyra menjadi pengapit kepada kedua2 pengantin (sebab baju dah sedondon biru). Syah dan Ina, selaku ‘MC’ sambilan turut menyaji hidangan lagu2 kahwin sepanjang majlis berlangsung. Turut dibantu oleh Yani dan Syed.

Sesudah puas bergambar, ahli Perdana (Kay, Pi-E, Erni, Shane dan Wen) memohon untuk beransur pulang ke KL (sebab Pi-E ada peperiksaan keesokan harinya). Dan kami yang selebihnya meneruskan sesi bergambar bersama pengantin dengan sepasang salinan baju pengantin yang kedua (warna hijau).

Setelah majlis hampir selesai, tetamu pun mula surut, kami pun turut beransur (ada rancangan lagi selepas ni). Ina dan Yani mencadangkan untuk pergi ke Bukit Kluang. Kami yang lain menurut saja. Sesungguhnya, ciptaan Allah sememangnya cantik. Dengan keindahan pantai, pulau, laut dan gua. Kawasan ini memang mendamaikan.

Seperti biasa, kami ibarat kanak2 diberi Ribena, riang sekali bermain di pantai. Syed, Syah, Kyrul, Ina, Eiyra bermandi manda di laut. Syed, Syah dan Kyrul begitu galak bermain ombak, manakala Ina dan Eiyra hanya bermain di gigi laut. Yani pula sekadar merakam foto2 kami.

Di satu tempat yang lain, grup Perdana berhenti berehat di Cherating. Apalagi, foto sakan lah beb! Mereka berhenti untuk bersantapan juga di sana.

Masin sudah tekak kami bermain laut, kami berangkat pulang, menghantar kaum Hawa. Kaum Adam yang hanya tinggal bertiga bersiap2 untuk rancangan seterusnya. Malam sekitar jam 8, Yani minta diteman menziarah Tok Wan.

Rancangan asal mahu ke rumah Aini, namun berkira2 sudah lewat, kami bercadang untuk makan di luar. Kami bersantapan di Anjung Bahtera (the price is affordable). Jam 10 malam kami sudah tiba di penginapan masing2. Rehat sepuas2nya sebelum berangkat pulang esoknya.

Mereka Kawen Kami Enjoy [2]

7:12 PM Posted In Edit This 0 Comments »
29 Oktober 2009

Bangun dengan penuh kesegaran, kaum Adam bergerak ke rumah Yani untuk bersarapan. Hujan rintik2 dikala itu (Hujan rahmat barangkali). Jam 11 pagi, warga limbat16 berkumpul di perkarangan Masjid. Menunggu ketibaan Din sekeluarga. Beberapa minit kemudian, rombongan pihak lelaki tiba. Berseri wajah Aini, bersemangat pula Din, maklumlah akan disatukan sekejap lagi.

Majlis dimulakan dengan sepatah dua kata mengikut adat dan rukun. Penyerahan sirh junjung kedua2 pihak (macam mana boleh silap bagi ni hehehe). Din menyambut tangan Tok Kadi sebagai tanda akad nikah akan berlangsung sebentar saja lagi. Dua kali lafaz, Aini sah menjadi isteri yang sah kepada Din (bukan sebab tersangkut, tapi sebab Din lambat jawab). Apa2pun syabas dan tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin.

Sesudah Din menunaikan solat sunat, majlis pembatalan air sembahyang dijalankan. Aini bersalam dan mencium tangan Din sebagai sepasang suami isteri yang sah. Masing2 menyarung cincin di jari manis. Sedikit sesi fotografi diadakan untuk kenang2an.

Limbat16 seterusnya dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Sempat kami bertukar cerita dengan pasangan pengantin tentang perjalanan kami, dan perasaan pengantin. Selesai makan kami berangkat pulang ke penginapan masing (ada misi di sebelah petang).

Jam 2.30 petang, kami bercadang ke Jertih untuk membeli hadiah buat pengantin. Singgah di Econ Jaya, untuk membelek hadiah yang sesuai diberikan kepada pengantin. Sambil dari itu, Kyrul, Eiyra dan Syed sibuk juga mencari peralatan untuk ‘p.a. system’.

Selesai sudah membeli belah, limbat bergerak menuju Pantai Air Tawar. Tak sabar rasanya nak mandi air laut hehehe. Wen orang pertama yang ‘terjun’ ke laut. Syah, Ina dan Yani sempat ke kedai berhampiran untuk menbeli air dan keropok lekor. Syed pula turut serta bermain bola sepak pantai dengan pengunjung di situ. Kyrul dan Eiyra sibuk membuat replica pasir ‘sang penyu’. Limbat16 yang lain (kecuali Yani dan Ina) bermandi manda di lautan.

Puas menjadi kanak2 riang di pantai, semua bersiap untuk pulang ke penginapan. Ahli limbat semua berangkat ke rumah Yani untuk makan malam. Sesudah makan malam di rumah Yani, singgah sebentar ke rumah Aini, sekadar melihat persiapan untuk majlis persandingan keesokannya. Pulang kami ke penginapan sekitar jam 11 malam. Menanti hari esok pula.