biLa meNcarI ketEnaNgan HatI....

7:15 AM Posted In Edit This 0 Comments »
Mengapa seringkali hati kita merasa gelisah dan gundah-gulana walaupun kita mempunyai segala-galanya dlm hidup. Jangan kita pandang bahawa mereka yang berharta dan mempunyai semua yang mereka mahu itu hidup dgn bahagianya dimuka bumi ini. Mereka juga akan menghadapi masalah ataupun ujian dari Allah S.W.T...
Tapi, mengapa pula kita seringkali meletakkan apa yang terjadi dalam hidup kita ini sebagai takdir dan kadangkala kita menyalahkan orang lain dengan ujian yang kita dapat...mengapa setiap kali manusia ditimpa ujian, barulah pada saat itu mereka akan mengingati Allah...adakah itu sebenarnya sikap manusia sering lupa diri bila gembira dan hanya akan meminta pertolongan dari Allah apabila susah sahaja...kita selalu alpa hidup dimuka bumi ini...pelbagai persoalan sering bermain dikepala ini..mengapa kita bersikap begitu..mengapa kita tidak boleh meletakkan dalam jiwa kita supaya sentiasa bersyukur padaNya walau apa jua ujian yang kita perolehi..kita perlu ingat bahawa Allah sentiasa menguji hamba-hamba yang Dia sayangi....kita janganlah pula mengeluh bila kita merasa susah...bila hidup kita tidak senang seperti orang lain...mungkin itu kelebihan bagi mereka dan kita jangan pula lupa bahawa kita juga mungkin ada kelebihan lain yang mereka tidak ada...Allah itu Maha Adil...Dia pasti memberi jika hambaNya rajin meminta...jika kita berusaha, berdoa, bertawakkal kepada Allah selalu...Insyaallah..lama-lama permintaan kita itu akan dikabulkan...sama ada cepat atau lambat kita tak tahu...tapi, bila kita sudah perolehi apa yang kita hajati itu, jangan pula kita lupa untuk memanjatkan kesyukuran ke hadratNya kerana mengabulkan permintaan kita....jangan pula selepas itu kita alpa untuk terus bersujud kepadaNya...Jika kita sentiasa taat pada perintahNya...Insyaallah,jiwa kita akan sentiasa merasa tenang..walaupun pelbagai dugaan yang melanda..kita terima dengan hati yang tabah dan jangan merungut...kita mestilah sentiasa sematkan didalam jiwa kita bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajarannya yang akan menjadi panduan dan pedoman hidup kita...tanpa panduan ini kita umpama orang buta tanpa tongkatnya..kerana kita tiada arah tujuan dalam hidup..oleh kerana itulah manusia sering gagal dalam hidup..mereka tidak tahu apa sebenarnya impian dan apa yang ingin mereka mahukan dalam hidup, tapi bila orang disekelilingnya berjaya..mereka merasa cemburu pula..mereka sendiri tidak berusaha untuk berjaya...
setiap apa yang kita lakukan juga mestilah berdasarkan niat...kita mestilah meletakkan niat yang suci dan ikhlas bila melakukan sesuati pekerjaan...sama juga semasa kita menuntut ilmu..jika niat kita ikhlas..insyaallah, ilmu yang kita tuntut itu akan mendapat berkatnya...tanpa ilmu manusia akan dianggap sebagai orang yang tidak berguna dan mereka juga akan dipandang rendah...
mempunyai ilmu yang tinggi dan diiringi dengan akhlak yang sempurna...sememangnya manusia itu akan dipandang mulia oleh semua orng...tapi, memang susah untuk kita mempunyai semua sifat-sifat yang terpuji ini...kenapa orang sering juga menyalahgunakan ilmu yang ada untuk digunakan ke jalan yang tidak benar...untuk mencari keuntungan sendiri...
  • Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Apabila perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
InsyaAllah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

0 comments: