Mereka Kawen Kami Enjoy [4]
7:16 PM Posted In Kahwin Edit This 0 Comments »Hari terakhir di Besut. Aini sekeluarga menjemput kami untuk bersarapan di rumah mereka. Sekitar jam 10 kami bertandang ke rumah Aini. Mereka menyambut kami dengan penuh keriangan. Kami menjamu hidangan yang disediakan (dah macam makan tengahari pula hidangannya). Kerana tidak mahu lewat sampai ke KL, kami mengundur dir dari rumah Aini hampir jam 11.
Kami singgah sebentar di Institut Kemahiran MARA, untuk berjumpa dengan ibu Yani (terima kasih kerana banyak menjaga makan minum kami selama tempoh kami di Besut). Kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu (Seberang Takir sebetulnya) untuk ke rumah Ina. Sebelum sampai ke rumah Ina, kami berhenti di kedai keropok lekor (segar dari pemprosesan tu). Seketika sahaja kami di rumah Ina, terus kami beransur pulang.
Kami berhenti di Paka. Bersantai seminit dua di tepian pantai. Angin kuat namun segar dari laut menyapa tubuh kami. Sekali lagi terpegun dengan kecantikan ciptaan Allah swt. Subhanallah.
Sesudah menyantap goring pisang dan jemput2. Kami bertolak dengan MyVi. Saga milik Kyrul kini akan kami tinggalkan. Myvi mula diisi dengan kelibat 5 ahli limbat16. Perjalanan kami berhenti di kawasan rehat Temerloh. Makan2 sebentar kecuali Syed yang hanya meneguk air.
Perjalanan pulang amat memenatkan, Yani, Ina dan Syah terlelap di dalam MyVi. Sampai di KL sekitar Jam 9 malam.
Begitulah kisah limbat16 ‘Journey to Ganu’ - akan bersambung dengan journey to sunway pulak hehe
0 comments:
Post a Comment