Mereka Kawen Kami Enjoy [3]

7:13 PM Posted In Edit This 0 Comments »
30 Oktober 2009

Seawal pagi, Syed, Kyrul, Yani dan Eiyra keluar untuk mencari peralatan untuk system suara (sebagai muzik hiburan dimajlis persandingan Din dan Aini). Jam 10 pagi, limbat yang lain berkumpul di rumah Yani untuk bersarapan.

Kami beranjak ke rumah Aini sekitar jam 11 pagi. Syah, Syed, Kyrul, Eiyra memulakan kerja memasang lagu2 untuk halwa telinga para tetamu. Menyambut ketibaan pengantin yang berbaju kelabu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pihak lelaki.

Disusuli dengan majlis tepung tawar pengantin oleh kedua2 pihak. Kemudian majlis makan beradab. Sesi fotografi yang tak pernah putus dari tibanya pengantin sehingga majlis tamat. Sudah semestinya warga limbat16 takkan melepaskan peluang yang ada. Malah sempat bergambar di atas pelamin (teringin sangat nak kahwin barangkali).

Kyrul dan Eiyra menjadi pengapit kepada kedua2 pengantin (sebab baju dah sedondon biru). Syah dan Ina, selaku ‘MC’ sambilan turut menyaji hidangan lagu2 kahwin sepanjang majlis berlangsung. Turut dibantu oleh Yani dan Syed.

Sesudah puas bergambar, ahli Perdana (Kay, Pi-E, Erni, Shane dan Wen) memohon untuk beransur pulang ke KL (sebab Pi-E ada peperiksaan keesokan harinya). Dan kami yang selebihnya meneruskan sesi bergambar bersama pengantin dengan sepasang salinan baju pengantin yang kedua (warna hijau).

Setelah majlis hampir selesai, tetamu pun mula surut, kami pun turut beransur (ada rancangan lagi selepas ni). Ina dan Yani mencadangkan untuk pergi ke Bukit Kluang. Kami yang lain menurut saja. Sesungguhnya, ciptaan Allah sememangnya cantik. Dengan keindahan pantai, pulau, laut dan gua. Kawasan ini memang mendamaikan.

Seperti biasa, kami ibarat kanak2 diberi Ribena, riang sekali bermain di pantai. Syed, Syah, Kyrul, Ina, Eiyra bermandi manda di laut. Syed, Syah dan Kyrul begitu galak bermain ombak, manakala Ina dan Eiyra hanya bermain di gigi laut. Yani pula sekadar merakam foto2 kami.

Di satu tempat yang lain, grup Perdana berhenti berehat di Cherating. Apalagi, foto sakan lah beb! Mereka berhenti untuk bersantapan juga di sana.

Masin sudah tekak kami bermain laut, kami berangkat pulang, menghantar kaum Hawa. Kaum Adam yang hanya tinggal bertiga bersiap2 untuk rancangan seterusnya. Malam sekitar jam 8, Yani minta diteman menziarah Tok Wan.

Rancangan asal mahu ke rumah Aini, namun berkira2 sudah lewat, kami bercadang untuk makan di luar. Kami bersantapan di Anjung Bahtera (the price is affordable). Jam 10 malam kami sudah tiba di penginapan masing2. Rehat sepuas2nya sebelum berangkat pulang esoknya.

0 comments: