Mereka Kawen Kami Enjoy
7:07 PM Posted In Kahwin Edit This 0 Comments »Bermula perjalanan kami geng limbat16. Seawal jam 10 pagi, Syed selaku pemandu MyVi datang mengambil Syah (Alpha Villa) dan Erni (PV6). Seterusnya kami berkumpul di PV10 bersama2 Yani, Eiyra, Ina, Kay (pemandu Perdana), Shane, Wend dan Pi-E. Bercadanglah kami untuk sarapan di sekitar kawasan Taman Melati (bagi yang belum bersarapanlah). Maka dengan selesainya sarapan, kami beranjak untuk memulakan konvoi ke Besut, Terengganu. Apa ada ada di sana? Sudah pasti meraikan hari bahagia ahli limbat16 (Aini dan Din). As, Yana, Alini, Asyiah dan Apek tak dapat turut serta dalam konvoi kami ini atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.
Perjalanan kami ke Terengganu dengan dua buah kereta iaitu, MyVi (Syed, Eiyra, Yani, Ina dan Syah) dan Perdana (Kay, Pi-E, Shane, Wend dan Erni). Perhentian pertama kami adalah kawasan rehat Temerloh. Seterusnya diikuti oleh Tol Jabor (Ina dan Eiyra nak ke tandas). Kemudian kami berhenti di Paka (sebutannya Pa Ke) hahaha.
Sementara menunggu Kyrul (balak Eiyra), kami sempat makan yong tau fu. Kyrul tiba dengan Proton Saga. Maka, MyVi hanya dihuni oleh empat orang (Syed, Ina, Yani dan Syah). Eiyra sudah semestinya naik Saga.
Tiga buah kenderaan ini terus menyusur laluan ke Besut. Berhenti kami untuk makan2 di Marang. Katanya, pakcik Ina yang punya motel di sini. Sempat kami bermain di tepian pantai, kemudian kami memesan makanan di motel tersebut (servis teruk sejujurnya kami akui).
Risau dengan keadaan cuaca yang agak gelap (seperti mahu hujan ya), kami meneruskan perjalanan. Kami singgah di Kuala Terengganu sebentar (rumah Ina). Menjamu selera lagi, dengan mi goreng, keropok lekor dan cekodok. Kesian pulak dengan Syed yang agak kepenatan memandu (akibat tengok bola kat tv seawal pagi).
9.30 malam kami bergerak dari rumah Ina menuju ke Besut. Kali ini tak singgah kat tempat lain. Terus ke rumah Aini. Sampai Besut sekitar jam 11 (rumah Aini sebetulnya). Ayah Aini seterusnya menunjuk jalan menuju ke rumah Yani (penginapan untuk kaum Hawa). Kaum Adam pula dibawa ke kawasan Pantai Air Tawar (Rumah Rehat Kerajaan sebetulnya). Apalagi, tidurlah kami dengan penuh kepenatan. Menunggu hari esok.
0 comments:
Post a Comment