Mereka Kawen Kami Enjoy [2]

7:12 PM Posted In Edit This 0 Comments »
29 Oktober 2009

Bangun dengan penuh kesegaran, kaum Adam bergerak ke rumah Yani untuk bersarapan. Hujan rintik2 dikala itu (Hujan rahmat barangkali). Jam 11 pagi, warga limbat16 berkumpul di perkarangan Masjid. Menunggu ketibaan Din sekeluarga. Beberapa minit kemudian, rombongan pihak lelaki tiba. Berseri wajah Aini, bersemangat pula Din, maklumlah akan disatukan sekejap lagi.

Majlis dimulakan dengan sepatah dua kata mengikut adat dan rukun. Penyerahan sirh junjung kedua2 pihak (macam mana boleh silap bagi ni hehehe). Din menyambut tangan Tok Kadi sebagai tanda akad nikah akan berlangsung sebentar saja lagi. Dua kali lafaz, Aini sah menjadi isteri yang sah kepada Din (bukan sebab tersangkut, tapi sebab Din lambat jawab). Apa2pun syabas dan tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin.

Sesudah Din menunaikan solat sunat, majlis pembatalan air sembahyang dijalankan. Aini bersalam dan mencium tangan Din sebagai sepasang suami isteri yang sah. Masing2 menyarung cincin di jari manis. Sedikit sesi fotografi diadakan untuk kenang2an.

Limbat16 seterusnya dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Sempat kami bertukar cerita dengan pasangan pengantin tentang perjalanan kami, dan perasaan pengantin. Selesai makan kami berangkat pulang ke penginapan masing (ada misi di sebelah petang).

Jam 2.30 petang, kami bercadang ke Jertih untuk membeli hadiah buat pengantin. Singgah di Econ Jaya, untuk membelek hadiah yang sesuai diberikan kepada pengantin. Sambil dari itu, Kyrul, Eiyra dan Syed sibuk juga mencari peralatan untuk ‘p.a. system’.

Selesai sudah membeli belah, limbat bergerak menuju Pantai Air Tawar. Tak sabar rasanya nak mandi air laut hehehe. Wen orang pertama yang ‘terjun’ ke laut. Syah, Ina dan Yani sempat ke kedai berhampiran untuk menbeli air dan keropok lekor. Syed pula turut serta bermain bola sepak pantai dengan pengunjung di situ. Kyrul dan Eiyra sibuk membuat replica pasir ‘sang penyu’. Limbat16 yang lain (kecuali Yani dan Ina) bermandi manda di lautan.

Puas menjadi kanak2 riang di pantai, semua bersiap untuk pulang ke penginapan. Ahli limbat semua berangkat ke rumah Yani untuk makan malam. Sesudah makan malam di rumah Yani, singgah sebentar ke rumah Aini, sekadar melihat persiapan untuk majlis persandingan keesokannya. Pulang kami ke penginapan sekitar jam 11 malam. Menanti hari esok pula.

0 comments: